Friday, February 14, 2014

Salam Ukhuwah Fillah !

Assalamualaikum .
Salam Ukhuwah Fillah , Subhanallah , dengan izin Allah akhirnya tercapai matlamat untuk mewujudkan blog ini bagi paparan bacaan semua . Sebelum ni, blog ni dihasilkan secara suka suka tapi setelah difikirkan kembali , saya rasa lebih baik blog ini dijadikan sumber inspirasi bagi kita semua berkongsi ilmu yang mungkin belum tahu dan mungkin juga boleh dimanfaatkan bersama Insya Allah . Blog masih blog lama , pemilik masih sama , cuma mungkin tema dan motif blog ini diwujudkan berbeza dari sebelumnya . Bagi yang sebelum ini mengikuti blog saya , mungkin ada yang kenal link pelangikuceriteraku , atau arikaysyakira kan ? Tapi kali ini berbeza sedikit sebab link juga sudah bertukar dan blog ini juga bakal di uruskan oleh saya Qiraa dan sahabat seperjuangan bersama Niaa :) Oleh kerana setelah memerah otak , dan berlawan bantal untuk memilih nama yang sesuai untuk blog ini , Jadi dengan muktamadnya kami memilih nama ''SATU LANGKAH HIJRAH'' sebagai nama blog kami :) Tujuan kami pilih nama tersebut oleh kerana , tujuan kami hanya satu , untuk mengajak saudara seislam yg lain berhijrah menuju ke jalan Allah , berkongsi ilmu agama yang mungkin selama ni kita jahil atau tidak pernah tahu mengenainya . Jadi dengan adanya kewujudan blog ini , mudah mudahan ianya sedikit sebanyak membantu saudara/saudari yang lain mendalami ilmu Allah ini . Oleh kerana kami juga masih baru dalam penghijrahan ini , segala ilmu yang kami kongsikan ini harap dapat dimanfaatkan untuk semua , dan kami sejujurnya dengan berbesar hati menerima segala teguran jika ada yang entry yang bakal kami paparkan nanti ada yang perlu diperbaiki . Moga blog ini sentiasa mendapat kunjungan dan semangat yang padu dari korang semua . Cukuplah sampai sini sahaa pengenalan utk kali ni , dan sebenarnya kalau ikutkan banyak lagi nak mencecer dalam ni , tapi tulah , mata den ni dah ngantok bonau . Den memang ado nak share dengan ekau semuo . Tapi nantilah ye ? Hihihi nantikan entry kami yang rasminya esok Insya Allah .Okay jumpa esok ! Insya Allah, Assalamualaikum :)


Sekian dari kami , segala kekurangan adalah datang dari kami , dan kesempurnaan itu adalah datangnya dari Allah , kami saudara baru dalam hijrah , kalau salah silap mohon harap diampunkan . Assalamualaikum :)

Sincerely ,
Qiraa dan Niaa .